Click This To Support Me

Followers

Sunday, November 13, 2011

INTERLOK : SINOPSIS

BUKU SATU : KELUARGA SEMAN
Seman merupakan anak tunggal Pak Musa dan Mak Limah. Mereka merupakan sebuah keluarga petani yang miskin. Sudah lima bulan Pak Musa terlantar sakit. Setiap hari batuknya semakin menjadi-jadi. Tubuhnya yang dahulu penuh berisi kini tinggal kulit pembalut tulang. Ketika masih sihat, Pak Musa telah banyak membeli tanah, bendang dan binatang ternak. Namun, suatu malam, Pak Musa memberitahu Seman bahawa semua harta itu bukan milik mereka. Perkara tersebut tidak diketahui oleh Mak Limah. Seman amat terkejut mendengar berita itu. Namun, dia tidak sempat bertanya pemilik harta itu apabila batuk bapanya kembali menjadi-jadi. Mak Limah menyuruh Seman memanggil Pak Utih, dukun kampung itu. Setelah diubati, batuk bapanya reda seketika. Menjelang subuh, Mak Limah terkejut melihat keadaan Pak Musa yang menelungkup. Seman tergamam apabila mendapati bapanya tidak bernafas lagi. Berita kematian Pak Musa telah tersebar ke seluruh kampung. Penduduk kampung bekerjasama menguruskan jenazah Pak Musa sehingga selesai dikebumikan.
Dua bulan berlalu. Ketiadaan Pak Musa tetap dirasai oleh Mak Limah dan Seman. Tauke Cina Panjang telah menunjukkan surat gadai harta dan surat hutang bapanya ketika Seman pergi menemuinya. Setelah pulang ke rumah, Seman mencari di setiap pelosok rumah jika terdapat wang yang disembunyikan bapanya itu. Sikap Seman pada hari itu amat membimbangkan Mak Limah. Keesokannya, Seman menceritakan perihal harta tersebut kepada ibunya. Mak Limah menyuruhnya berbincang dengan Lebai Man berkaitan hal tersebut. Lebai Man turu terkejut mendengar perkara tersebut. Mereka kemudiannya berjumpa dengan Penghulu Talib untuk mencari penyelesaian bagi masalah tersebut. Penghulu Talib menerangkan kepada Seman dan Lebai Man tentang keadaan sebenar perkara tersebut. Beliau turut menerangkan tentang surat hutang yang telah ditandatangani oleh Pak Musa dengan Tauke Cina Panjang.
Suatu hari, Tauke Cina Panjang, Pak Cin dan Kadir datang ke rumah Seman untuk meminta Seman dan Mak Limah keluar dari rumah itu. Hal ini telah menimbulkan pergaduhan kecil antara Seman dan Tauke Cina Panjang. Penghulu Talib telah mengarahkan Tauke Cina Panjang agar memberikan Seman sekeluarga tempoh selama seminggu untuk mencari tempat tinggal yang baru. Lazim, anak Pak Usuh ingin membantu Seman dengan membina rumah di tanah milik bapanya. Namun, Seman menolak bantuan tersebut. Seman dan Mak Limah tiba-tiba sahaja tidak kelihatan di kampung itu lagi. Penduduk kampung tertanya-tanya ke mana mereka telah pindah.  


BUKU DUA : KELUARGA CING HUAT
            Cing Huat merupakan anak tunggal kepada Kim Lock dan isteri. Kim Lock merupakan petani. Namun, sawah padi yang diusahakan telah musnah akibat serangan belalang. Akibat masalah itu, Kim Lock telah membuat keputusan untuk ke kota. Paman Kok Leng telah membawa sekumpulan penduduk ke kota termasuk Kim Lock dan Cing Huat. Isteri Kim Lock tidak ikut bersama. Perjalanan mereka ke kota mengambil masa tiga belas hari bergantung pada keadaan cuaca. Sepanjang perjalanan, pelbagai cabaran terpaksa diharungi. Jika hari hujan, mereka akan basah kuyup. Ada juga di antara mereka yang muntah akibat mabuk laut termasuk Cing Huat. Tiga belas hari kemudian, kapal itu tiba di kota.
Di kota, Cing Huat telah diterima bekerja sebagai pelayan kedai kopi manakala Kim Lock bekerja sebagai penarik lanca. Cing Huat terpaksa berpisah buat pertama kali dengan bapanya dan tinggal di kedai itu. Sudah tiga puluh bulan Kim Lock dan Cing Huat tinggal di Singapura. Kim Lock kini bekerja sebagai kuli mengangkat najis yang lebih terjamin berbanding mengangkat lanca. Suatu hari, Kim Sui, anak saudara Paman Kok Leng datang menemuinya. Kim Sui mengajak Kim Lock ke seberang bersama beberapa orang kawan yang satu kapal dengan mereka dahulu. Di seberang, Kim Lock dan Cing Huat bekerja sebagai kuli di sebuah lombong. Suatu hari, Kim Lick mengetahui bahawa urusan di lombong itu turut melibatkan Paman Kok Leng. Kim Lock mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana dia tidak mahu bekerja di bawah orang yang pernah menipunya dahulu. Kim Lock telah bertemu dengan Kim Sui buat kali kedua ketika sedang mencari kenderaan ke Pulau Pinang. Pertemuan itu sedikit sebanyak telah mengubah hidup Kim Lock dan Cing Huat. Kim Lock telah berjaya membeli sebuah kedai. Perniagaan kedai itu bertambah baik dari sehari ke sehari.
Kini, Kim Lock sudah berumur lebih 40 tahun. Dia telah berkenalan dengan Mei Hwa, seorang perempuan Cina yang masih muda. Kim Lock telah menjadi tahi candu sejak berkenalan dengan Mei Hwa. Cing Huat dan Kim Sui telah cuba menasihatinya namun tidak dihiraukan. Suatu hari, Cing Huat telah menerima surat dari Tung San yang menyatakan bahawa ibunya telah meninggal dunia dua bulan lalu. Cing Huat berasa amat sedih menerima berita tersebut namun bapanya tidak menghiraukan berita tersebut dan seperti telah melupakan ibunya. Keesokan harinya, Cing Huat telah memberikan upacara persembahan untuk ibunya.
Cing Huat telah mengahwini Tua Tao, anak Kim Sui. Sebulan kemudian, Kim Lock dan Mei Hwa meninggal dunia pada hari yang sama. Cing Huat kiini mahir dalam perniagaan dan telah banyak mengumpul kekayaan. Namun kekayaannya tidak dapat menandingi kekayaan bapa mertuanya yang terlebih dahulu memulakan perniagaan. Cing Huat dan Tua Tao telah dikurniakan empat orang anak iaitu Yew Hock, Yew Seng, Poh Eng dan Poh Kheng. Dia amat menyenangi Yew Hock yang banyak mewarisi sifatnya terutamanya dalam berniaga. Yew Seng pula kurang membantunya dalam perniagaan dan yang paling tida digemarinya ialah Yew Seng rapat dengan anak orang Melayu. Suatu malam, Yew Seng dengan beraninya telah menyatakan bahawa bapanya seorang yang kejam apabila melihat bapanya bertegas tidak membenarkan Seman tinggal di rumahnya lagi ketika pemuda itu datang menemui bapanya di kedai petang itu. Malam itu, Cing Huat amat marah akan Yew Seng sehingga dia ingin mengusir anaknya. 



BUKU TIGA : KELUARGA MANIAM
Maniam telah merantau ke Pulau Pinang untuk mencari wang bagi menyara keluarganya. Dia berhasrat untuk membesarkan rumahnya setelah memperoleh wang yang mencukupi. Maniam kini bekerja sebagai kuli di pelabuhan. Maniam amat suka akan kerja itu. Pada bulan pertama, dia sudah dapat mengirimkan wang kepada isterinya, Ambika. Di sini, Maniam bebas bercampur gaul dengan masyarakat berbanding dengan negaranya yang ada pantang larang. Apabila seorang India daripada kasta rendah menyentuh orang India daripada kasta tinggi, mereka akan dimaki hamun dan disisihkan daripada masyarakat.
Pada bulan Disember, kapal dari Madras telah membawa beberapa ratus orang dari India Selatan termasuk beberapa orang dari kampung Maniam. Petang itu, Maniam berjumpa dengan Raman, rakan sekampungnya. Raman memberitahu Maniam bahawa Ambika, isterinya telah mengikut Pillay, teman sekampungnya yang agak kaya. Maniam berasa amat sedih mendengar berita itu.
Maniam telah mengikut Suppiah dan Syanmugam pergi ke seberang dan bekerja sebagai kuli di sebuah kebun getah. Kemudian, Maniam ingin menjauhkan diri daripada orang sekampungnya kerana dia ingin melupakan segala peristiwa di kampungnya. Dia tekad untuk meninggalkan kebun itu. Beberapa bulan kemudian, Maniam diterima bekerja di sebuah kebun kelapa orang putih di Cangkat Lima. Tandil kebun kelapa itu ialah Perumal yang sudah berusia lima puluh tahun. Maniam agak rapat dengan Perumal dan selalu berkunjung ke rumah Perumal selepas waktu kerja. Maniam turut rapat dengan anak perempuan Perumal, Malini yang berumur dua puluh tahun.
Enam bulan kemudian, Maniam berkahwin dengan Malini. Upacara perkahwinan mereka telah diadakan dengan meriah sekali dan telah dihadiri oleh kuli-kuli di kebun kelapa dan orang putih, tuan kebun itu. Walau bagaimanapun, Maniam tidak berterus-terang dengan Perumal dan Malini bahawa dia pernah berkahwin. Hubungan Maniam dan Malini baik. Malini kini mengandung lapan bulan.
Suatu petang, Suppiah, teman sekampungnya telah datang bekerja di kebun yang sama dengan Maniam. Kehadiran Suppiah membimbangkan Maniam sekiranya rahsianya terbongkar. Malini dapat melihat perbezaan sikap Maniam pada hari itu yang berdukacita. Dia cuba bertanya masalah yang dihadapi suaminya namun Maniam merahsiakannya. Malam itu, Perumal memberitahu Malini tentang Suppiah, kawan Maniam yang baru diterima bekerja di situ. Malini merasakan mungkin itulah sebab suaminya rungsing. Dia telah berjumpa dengan Mariama untuk meminta bantuannya mengorek rahsia daripada Suppiah yang tinggal di sebelah rumahnya. Setelah Malini pulang, Suppiah telah memberitahu Mariama bahawa Maniam sudah berkahwin dan dia telah meninggalkan isterinya. Keesokannya, berita itu telah tersebar. Berita tersebut turut diketahui Malini. Maniam amat marah akan Suppiah yang telah menyebarkan fitnah tentang dirinya. Dia telah mengejar Suppiah hingga ke rumah orang putih sehingga dia ditembak. Namun, lukanya tidak parah dan dia diusung pulang ke rumah.
Beberapa hari kemudian, luka Maniam semakin sembuh. Suatu malam, penduduk kampung telah datang ke rumah Perumal kerana meraka ingin Maniam keluar dari kebun itu. Keesokannya, Maniam terpaksa meninggalkan kebun itu. Dia terpaksa berpisah dengan isterinya dan anak yang bakal lahir. Dalam perjalanan, Maniam telah diserang oleh orang lelaki. Seorang pemuda Melayu, Musa telah membantunya. Mereka bersama-sama ke Cangkat Janggus untuk mencari kerja. Maniam dan Musa telah diterima bekerja di sebuah kebun getah.  Enam bulan kemudian, Musa pulang ke kampungnya.
Perumal masih menjadi tandil tetapi Suppiah sudah menjadi timbalannya. Anak Malini, Rama kini sudah besar. Suatu hari, Raman, teman sekampung Maniam telah datang bekerja sebagai guru di kebun itu. Dia amat terkejut apabila mengetahui Maniam pernah bekerja di situ. Dia telah menceritakan perkara yang sebenar mengenai Maniam kepada Perumal. Suatu hari, Malini meninggal dunia setelah batuk-batuk dan muntah-muntah.



BUKU EMPAT : INTERLOK
Maniam kini berusia lima puluh tahun dan dia sudah menjadi tandil di kebun itu. Suatu hari, Seman telah datang ke kebun itu untuk mencari kerja. Maniam ingin membantu Seman apabila mengetahui bahawa Seman adalah anak Musa, teman karibnya dahulu. Seman juga terkejut kerana dia tidak pernah mengetahui persahabatan antara bapanya dan Maniam. Seman telah diterima bekerja sebagai buruh. Seman dan ibunya berpindah ke sebuah rumah kuli di tempat kerja Seman.
Pagi itu, sebelum Cing Huat bangun, Yew Seng tekad untuk meninggalkan rumah. Yew Seng bekerja sebagai kuli di palung. Dia tinggal bersama Teck Hock di sebuah rumah kongsi.
Dua tahun setengah kemudian, Seman pulang ke Kampung Nyiur Condong setelah pemergiannya dan ibunya menimbulkan tanda tanya kepada penduduk kampung. Seman ingin meminang Gayah, anak Mat Ranggi. Mat Ranggi akhirnya bersetuju mengahwinkan Seman dan Gayah.
Seman dan ibunya kembali semula ke Kampung Nyiur Condong setelah Seman berkahwin dengan Gayah. Seman menyatakan hasratnya untuk berhenti kerja kepada Maniam.  Maniam memberikan sedikit wang kepadanya. Setelah berkahwin, Seman tinggal di rumah mentuanya. Ibunya pula tinggal di sebuah pondok berhampiran rumah Lebai Man.
Pagi itu, penduduk Kampung Nyiur Condong gempar dengan kedatangan tentera Jepun yang telah masuk ke Kedah. Cing Huat menyuruh isteri dan anaknya ke rumah bapa mertuanya agak mereka lebih selamat. Suatu malam, kedai di pekan itu telah dirompak. Poh Eng turut diculik.
Suatu malam, Seman terjumpa dengan Poh Eng. Dia membawa Poh Eng pulang ke rumah ibunya. Seman kemudiannya membawa ibunya dan Poh Eng ke Cangkat Janggus setelah mendapati tentera Jepun semakin hampir.
Dua hari kemudian, surat siaran mengarahkan semua orang mesti menjaga keamanan dan dilarang merompak disiarkan. Tentera Jepun mencari Yew Seng di rumah Cing Huat kerana disyaki menjadi menentang Jepun. Malam itu, Yew Seng pulang ke rumah dan mengetahui bahawa Poh Eng telah diculik. Yew Seng juga berjumpa dengan Lazim dan menyatakan hasratnya untuk menentang tentera Jepun.
Malam itu, kebun telah diserang oleh orang yang tidak dikenali. Yew Seng telah menemukan Poh Eng lalu membawanya pergi daripada jagaan Mak Limah. Mak Limah telah dihantar pulang ke kampungnya semula.  Petang itu, orang Jepun datang membawa Mak Limah ke bandar. Seman amat sedih apabila ibunya ditangkap oleh orang Jepun.
Maniam juga telah ditangkap dan dikurung di penjara yang sempit. Dia telah dipukul dengan teruk oleh orang Jepun kerana mereka tidak mempercayai kata-kata Maniam. Keesokannya, Maniam disoal oleh seorang inspektor polis India, Inspektor Ramakrisynan. Melalui soal siasat itu, Maniam mengetahui bahawa inspektor itu adalah anaknya. Maniam dan Mak Limah akhirnya dibebaskan atas bantuan Inspektor Ramakrisynan.
Poh Eng kini bersama Yew Seng bersama gerombolan di dalam hutan. Yew Seng merupakan timbalan komandan gerombolan itu manakala Kong Beng ialah komandan. Suatu hari, berita Jepun menyerah kalah kepada tentera Jepun disiarkan di radio. Poh Eng kembali ke rumahnya setelah keadaan tenang.
Lazim telah menerangkan keadaan politik Negara kepada penduduk kampung dalam suatu rapat umum. Hal ini telah menaikkan semangat mereka untuk menjaga keamanan negara. Tiba-tiba, darurat diumumkan dan anggota Parti Komunis Malaya mengadakan pemberotakan untuk mendirikan kerajaan komunis di  wilayah yang dirampas daripada tangan orang putih. Kong Beng dan Yew Seng telah masuk ke dalam hutan untuk memimpin pasukan. Poh Eng telah diarahkan oleh Yew Seng untuk menubuhkan pasukan min yuen bagi membantu perjuangan mereka di dalam hutan.
Suatu hari, Poh Eng dibawa masuk ke hutan oleh Tai Long kerana dipanggil oleh Kong Beng di samping menemui Yew Seng. Yew Seng menasihati Poh Eng agar melarikan diri daripada Kong Beng jika berpeluang kerana perjuangan mereka yang berdasarkan kekerasan tidak akan berjaya. Malam itu, Suppiah telah membawa Maniam yang teruk dipukul kepada Kong Beng. Poh Eng ingin menyelamatkan Maniam namun dia tidak mampu melakukannya sendirian.
Malam itu, satu pasukan yang diketuai Inspektor Ramakrisynan telah masuk ke hutan untuk menyelamatkan Maniam. Maniam berjaya diselamatkan tetapi Yew Seng mengalami luka parah di lutut akibat ditembak.
Penduduk kampung akan turun ke bandar untuk menyaksikan perayaan kemerdekaan. Yew Seng mengajak Seman ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan perayaan kemerdekaan itu. Yew Seng kini terpaksa berjalan menggunakan kaki kayunya kerana kakinya telah dipotong akibat kecederaan di lututnya dahulu.

INTERLOK : PENGAJARAN

Kita hendaklah berlaku jujur dan tidak menabur fitnah agar tidak menyusahkan orang lain.
-          Suppiah telah menfitnah Maniam bahawa dia telah meninggalkan isterinya dan merantau ke Tanah Melayu. Hal ini menyebabkan Maniam diusir dari kampung oleh penduduk kampung.

Kita mestilah bersatu padu demi mengekalkan keamanan negara.
Kita haruslah menghargai pengorbanan pejuang negara memerdekakan negara.
-          Yew Seng dan Poh Eng yang berbangsa Cina menganggotai gerombolan untuk membebaskan negara dari tangan Jepun.
-          Inspektor Ramakrisynan yang berbangsa India berkhidmat sebagai polis dan berusaha mengekalkan keamanan negara.
-          Beberapa orang penduduk kampung bergilir-gilir mengawal kampung pada waktu malam.

Kita perlulah berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu arah memperoleh kejayaan.
-          Maniam, Kim Lock dan Cing Huat telah merantau dan terpaksa meninggalkan keluarga demi mencari wang.
-          Kim Lock pernah bekerja sebagai penarik lanca dan kuli mengangkat najis yang memenatkan sebelum berjaya membeli sebuah kedai untuk menjalankan perniagaan.

Kita mestilah mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada kedua-dua ibu bapa yang telah bersusah payah membesarkan kita.
-          Seman amat menyayangi ibunya dan berusaha menjaga ibunya selepas kematian bapanya.
-          Seman berasa amat sedih dan turut mengikut ibunya ke bandar apabila Mak Limah ditangkap oleh orang Jepun. Seman berdoa agar ibunya selamat.
-          Malini tidak berani melawan cakap bapanya, Perumal yang telah menjaganya sejak kecil. Dia hanya menurut segala perintah bapanya walaupun terpaksa berpisah dengan suaminya, Maniam.
-          Inspektor Ramakrisynan berusaha menyelamatkan Maniam yang ditangkap oleh orang Jepun setelah mengetahui bahawa Maniam adalah bapanya.

INTERLOK : NILAI

Kasih sayang
-          Seman amat menyayangi ibunya dan berusaha menjaga ibunya selepas kematian bapanya.
-          Seman berasa amat sedih dan turut mengikut ibunya ke bandar apabila Mak Limah ditangkap oleh orang Jepun. Seman berdoa agar ibunya selamat.
-          Malini tidak berani melawan cakap bapanya, Perumal yang telah menjaganya sejak kecil. Dia hanya menurut segala perintah bapanya walaupun terpaksa berpisah dengan suaminya, Maniam.
-          Inspektor Ramakrisynan berusaha menyelamatkan Maniam yang ditangkap oleh orang Jepun setelah mengetahui bahawa Maniam adalah bapanya.

Bantu-membantu
-          Lazim ingin membantu Seman dengan membina sebuah rumah di tanah bapanya dengan bantuan penduduk kampung yang lain juga.
-          Musa telah menyelamatkan Maniam ketika diserang setelah diusir dari kampungnya.
-          Maniam membantu Seman mendapatkan pekerjaan di kebun itu memandang bapa Seman telah menyelamatkannya dahulu.

Kesungguhan
-          Maniam, Kim Lock dan Cing Huat telah merantau dan terpaksa meninggalkan keluarga demi mencari wang.
-          Kim Lock pernah bekerja sebagai penarik lanca dan kuli mengangkat najis yang memenatkan sebelum berjaya membeli sebuah kedai untuk menjalankan perniagaan.

Keberanian
-          Yew Seng telah menganggotai gerombolan yang diketuai oleh Kong Beng untuk menentang Jepun.
-          Lazim dan beberapa orang rakannya telah mengadakan rapat umum untuk menerangkan kepada penduduk kampung tentang keadaan politik negara di samping menaikkan semangat mereka untuk mencapai kemerdekaan.

Saturday, August 27, 2011

Pantun Tak Berape Lawak Hari Raya dan Pantun Aidilfitri XD



Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang 

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia 

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan 

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah 

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin