Click This To Support Me

Followers

Thursday, June 2, 2011

pew mksod dye ? =="



Dua orang pelajar Kolej Perubatan bersiar -siar kat bandar.Mereka terserempak dengan orang tua jalan terkangkang -kangkang.


Pelajar A kata "Orang tua itu tentu menghidap Sindrom Petry,"


Pelajar B kata "Tak lah,dia menghidap sindrom Zovitzki,"



Mereka hampir bergaduh pasal hal ni .Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu ?"Mereka bersetuju.



Pelajar A :Kami tengok pak cik jalan terkangkang,boleh kami tahu pakcik menghidap penyakit apa?


Orang tua : Kamu fikir aku ada penyakit apa?


Pelajar A : Saya fikir pak cik menghidap sindrom petry.


Pelajar B : Saya pulak fikir pak cik menghidap sindrom Zovitzki.


Orang tua : Dua -dua pun bukan....


Pelajar A+B : Habis tuuu??


Orang tua : Emmm,sebenarnya aku nak kentut tadi...tapi terberak pulak dalam seluar ...sebab tu aku jalan terkangkang.


Temu Duga Polis (sengal) =="



Ajoi dan Sumardi pergi interview jawatan Polis.Dalam ujian tersebut, seorang pegawai polis menguji kepantasan mereka.

Polis: “Ini ialah gambar suspek, cuba kamu ceritakan apa yang kamu ingat tentangnya.(Sambil
penemeduga menunjukkan sekeping gampar suspek dalam masa 5 saat kemudian ditutup cepat-cepat)

Ajoi:”Kacang jer tu tuan, kami akan dapat tangkap dia dengan cepat, kerana dia hanya ada satu mata sahaja!”


Polis:”Weyyy…satu mata sebab gambar dari tepi lah!”

Kemudian Polis menunjukkan gambar tersebut kepada Sumardi pula.

Sumardi: “Aha, senang jer tuan, dia hanya ada satu telinga!”

Polis:”Lagi sorang nih…satu telinga sebab gambar dari tepi lah!”"takde jawapan lain ker? Pening pala aku!”

Tanpa putus asa, pegawai polis penemuduga tu memberi lagi satu peluang kepada Ajoi dan Sumardi.

Polis menunjukkan gambar tersebut sekali lagi kepada Ajoi dan bertanya dengan nada keras. “Ini gambar suspek, bagaimana kamu mengenalinya?” Dia menyambung lagi “Berfikir sebelum memberikan jawapan!”

Ajoi merenung gambar itu sejenak, dan berkata “Suspek menggunakan contact lens..!”

Pegawai Polis tersebut teruja dan kagum,kerana dia sendiri tidak tahu bahawa suspek memakai contact lens atau tidak.

“Wah, sebuah jawapan yang hebat. Tunggu sebentar, saya lihat dulu datanya, apakah dia pakai contact lens atau tidak”.

Beberapa minit kemudian pegawai polis datang dengan tersenyum.

Polis: “Wow, saya seperti tidak percaya, BETUL! suspek memang menggunakan contact lens!, hebat!, bagaimana kamu boleh meneka dengan sedetail ini?”

Ajoi : “Mudah sangat tuan”. “DIA TIDAK BOLEH PAKAI CERMIN MATA KERANA HANYA ADA SATU MATA DAN SATU TELINGA!”

Polis: “….”

P/s: klau la dpa dua orang nie jadi polis abeh kecut perut orang jahat k malaysia nie.

Tlg kwn buat fb daa .... =="



Ada sorang lelaki ni. Dia nak blajar guna facebook. Dia SMS kawan dia untuk ajar macam mana cara nak buat facebook :


Lelaki : weh! Tolong ajar aku buat facebook bole tak?


Kawan : bole. Ko dah ada depan computer?


Lelaki : dah. Aku dah ada email pun


Kawan : cantekk! Ok, skrg ko bukak browser firefox atau internet explorer


Lelaki : browser tu ape?


Kawan : laa. Ko click menu start, pastu cari tulisan internet explorer


Lelaki : pastu?


Kawan : kat kotak paling atas, ko type ‘www.facebook.com’ pastu enter


Lelaki : oke! Pastu weh?


Kawan : kalo da kuar gambar, ko isi form pendaftaran sesuai yg ada


Lelaki : isi yg mana weh? Takde pape pun kat page ni


Kawan : takkan la takde pape? Kat page tu tulis apa?


Lelaki : paling atas cuma ada tulisan ‘the page cannot be displayed’


Kawan : oh! Ko salah tulis dari awal tu


Lelaki : betul la aku type, www.facebook.com


Kawan : hm, mungkin connection internet ko mati


Lelaki : eh? Kene ada internet ye? Rumah aku takde internet


Kawan : cis. Senget! Jari aku sampai kerinting kasiktau ko. Rupenye rumah ko takde internet


Lelaki : hehe. Takpe la. Nanti kalau aku pergi cyber cafe aku sms ko lagi ye. Thanx ye


Kawan : sokey bro, email ko ape weh?


Lelaki : www.akuhensem2011@yahoo.com



Ada kawan aku buatkan. Aku belum pernah bukak lagi


Kawan : laa.. Mana ade email pakai ‘www’ kat depan. Alahaiii..


Lelaki : www tu ape weh?


Kawan : Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Cara2 nk isi mnyak murah =="



Ni petua yang baru aku dapat dari petugas stesen minyak petronas kota tinggi.... 

masa2 tengah gawat dengan harga minyak naik melambung ni tentu korang nak isi minyak dengan harga yang dulu atau lagi murah dari dulu aku dengan supervisor minyak ni agak rapat la, so dia rasa aku org yang agak sesuai kot utk dia berikan tips mcm mana nak turunkan harga 1.80 sen kat pam minyak jadi 1.00 or suka ati korang la nak letak berapa sen... 

mula2 mmg aku tak percaya... tapi......

1. korang kena gi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapa pun... dengan mengatakan isi penuh jer korang boleh setting balik harga kat pam korang pilih tu... tak kira la pam 1 ke, pam 2 ker jgn pam angin atau NGV sudah la...

2. korang gi balik kat pam korang tu, dan jgn angkat nozel lagi.

3. kat pam tu kan ada dua punat2 utk nomor (bukan utk credit card tau) yang bawah pada screen liter tu... kira mcm nak isi manual nyer harga la

4. korang tekan 'clear' - utk resetkan harga yang kaunter minyak tu set tadi

5. then korang tekan enter - 3x

6. then korang tekan '0' , '0', '1', '0', '0' (1.00 sen seliter) atau korang tekan la berapa pun korang suka

7. pastu korang tekan enter - 3x sekali lagi

8. tekan butang clear - 2x

9. then korang tekan berapa puluh korang nak isi

10. tekan enter lepas dah masukkan nilai isian pastu... supervisor petrol pam akan jumpa korang

"woi apa ko buat ni... main tekan-tekan ni... xde keje lain ker...!!!!" 

so korang dengan muka selamba isi jer minyak dengan harga baru kerajaan RM 1.90 seliter...